Thursday, August 15, 2019

PROGRAM BERSAMA LEGOLAND 2019

Pada 20 Jun 2019, warga SK Telok Kerang telah menerima kunjungan daripada pihak Legoland.  Seramai 123 orang murid telah terlibat dalam program ini iaitu murid-murid prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.  Program dijalankan pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.  Murid-murid mengambil giliran masing-masing menaiki bas yang disediakan untuk mendengar taklimat dan juga aktiviti yang dipamerkan di dalam bas.  Pelbagai pameran lego yang disediakan oleh pihak Legoland.  Murid-murid juga berkesempatan menonton video yang memaparkan tempat yang menarik di dalam kawasan Legoland.  Murid-murid berasa sangat teruja dengan kedatangan mereka.  Bukan itu sahaja, murid-murid juga diberi satu kupon seorang untuk memasuki Legoland Theme Park.






No comments:

Post a Comment

LAWATAN PENANDAARASAN KE SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA`AT

  Pada 5 Oktober yang lalu, wakil-wakil guru daripada SK Telok Kerang telah mengadakan satu lawatan penanda arasan ke SMK Tan Sri Osman Mohd...