Sunday, August 18, 2019

SEJARAH SEKOLAH


Pada tahun 1910, Hj. Ali bin Alang anak tempatan Kg. Telok Kerang telah menghadiahkan sebuah rumah untuk dijadikan sekolah. Rumah tersebut beratapkan nipah dan berdindingkan papan.

Pada tahun 1918, penduduk kampung telah bergotong royong mendirikan sebuah sekolah di Jalan Kubur di atas sebidang tanah kepunyaan Md. Yassin bin Mustaffa.

Pada tahun 1919, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan sekolah di atas tanah seluas suku ekar. Sekolah itu terletak di Jalan Kompas atau Jalan Kukup masa kini.

Pada tahun 1926, kerajaan telah membina sebuah sekolah betiang batu dan beratap nipah. Luas bangunan tersebut ialah 100x25 kaki. Sekolah didirikan seperti di kawasan yang ada sekarang. Sekolah itu dinamakan Sek. Melayu Telok Kerang.

Oleh kerana pertambahan murid yang belajar semakin meningkat, kerajaan telah membina bangunan tambahan. Bangunan tambahan yang mengandungi tiga bilik darjah dibina pada tahun 1956.Pada ketika itu Sek. Melayu Telok Kerang telah ditukar nama kepada Sek. Umum Telok Kerang. Walaupun telah mempunyai bangunan tambahan, bilik darjah masih tidak mencukupi lagi akibat pertambahan murid dari tahun ke tahun.Pada tahun 1960 sekali lagi penduduk Kg. Telok Kerang mengadakan gotong royong membina sebuah bangunan lagi yang mengandungi empat bilik darjah.

Dalam tahun 1973, sebuah bangunan kekal 2 tingkat yang mengandungi empat bilik darjah, pejabat, bilik guru dan setor telah dibina.Sebuah bangunan kantin juga telah dibina oleh kerajaan.Bangunan lama itu telah dirobohkan bagi pembinaan bangunan tersebut. Kemudian Sek. Umum Telok Kerang telah ditukar nama sebagai Sek. Keb.Telok Kerang hingga sekarang.

Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan dibina secara gotong royong dibiayai oleh kerajaan.

Pada tahun 2003, sebuah makmal Komputer telah dibina diikuti dengan pembinaan bangunan Bilik Pra Sekolah.

Pada tahun 2009, sebuah bangunan baru 4 tingkat mula pembinaannya menggantikan 2 blok bangunan setingkat yang dibina dan naiktaraf pada tahun 1988. Pada 01.01.2013, bangunan gentian 4 tingkat telah dapat diduduki setelah 3 tahun terbengkalai.



No comments:

Post a Comment

LAWATAN PENANDAARASAN KE SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA`AT

  Pada 5 Oktober yang lalu, wakil-wakil guru daripada SK Telok Kerang telah mengadakan satu lawatan penanda arasan ke SMK Tan Sri Osman Mohd...