Sunday, September 20, 2020

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK KEMERDEKAAN SKTK

 

Pada 1 sehingga 10 September 2020, pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan telah diadakan bagi murid Tahap 2 (Tahun 4-6).  Setiap kelas mewakili 2 lelaki dan 2 perempuan  telah dipilih untuk bertanding dengan kelas-kelas lain.  Banyak penyertaan daripada murid-murid yang sangat membanggakan.  Tahniah diucapkan kepada semua murid yang berani mendeklamasi sajak dan juga mengambil bahagian. Anda memang terbaik!









PERTANDINGAN SUDUT MERDEKA


Pada 27 Ogos sehingga 9 September 2020, pertandingan sudut merdeka telah diadakan bagi semua kelas.  Guru-guru kelas dan pembantu berlumba-lumba menghias sudut merdeka di dalam kelas tanpa mengira masa, wang dan tenaga.  Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid-murid yang terlibat bagi menjayakan pertandingan ini.  #malaysiaprihatin








PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) KETIKA WAKTU REHAT

 Sejak sekolah dibuka, pihak sekolah termasuk guru-guru, murid, para pekerja perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan.  Dengan itu, murid dikehendaki makan di dalam kelas ketika waktu rehat kerana kantin ditutup.  Inilah suasana baru atau norma baru yang kami perlu patuhi.  Walaupun pada mulanya agak mencabar tetapi kami berjaya harunginya dengan kerjasama semua pihak.  Semoga Malaysia bebas Covid-19 dan kita mesti menang!







BIMBINGAN PROGRAM TS25 DARIPADA EN. NORDIN WAKIL SIP

 











PERTANDINGAN FESYEN MERDEKA PRA SEKOLAH

 

Pada 1 September, satu pertandingan fesyen merdeka pra sekolah telah diadakan.  Kesemua murid mengambil bahagian dan menunjukkan semangat yang tinggi untuk memenangi pertandingan tersebut di samping menghayati maksud kemerdekaan. Tahniah diucapkan kepada semua murid pra sekolah beserta ibu bapa yang memberi sokongan padu.









PROGRAM BUBUR ASYURA SK TELOK KERANG 2020

 

Pada 15 September bersamaan hari Selasa yang lalu, warga sekolah telah menganjurkan satu program bubur asyura yang disertai oleh para guru dan juga PIBG.  Program ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.
















JAMUAN PERPISAHAN PERPINDAHAN CIKGU SUPIATUN BINTI MD HALID



 Jasa dan pengorbanan beliau selama 23 tahun di SK Telok Kerang sangat besar dan sukar untuk dibalas. Semoga terus berjaya di tempat baru sebagai GPK Kokurikulum di SK Rambah.


















LAWATAN PENANDAARASAN KE SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA`AT

  Pada 5 Oktober yang lalu, wakil-wakil guru daripada SK Telok Kerang telah mengadakan satu lawatan penanda arasan ke SMK Tan Sri Osman Mohd...